This year I break tradition and cooked beef rendang instead of the usual chicken rendang |
This year's Ramadhan is very challenging. I had to practice patience. Tolerance. Acceptance. Redha. Sometimes I question why but just as quickly I was reprimanded by myself - who am I to question what Allah has bestowed upon me? Remember :-
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi mu, dan boleh jadi kamu meyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagi mu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)
Selamat tinggal Ramadhan. Bulan yang menyimpan seribu rahmat dan keampunan. Kedatangan yang hanya datang setahun sekali. Terlalu banyak dugaan yang Allah uji tahun ini. Kesabaran. Kekuatan. Keimanan. Kesetiaan. Kelaziman. Adakah saya telah menjadi lebih baik? Seburuk-buruk manusia ialah yang apabila Ramadhan ini berlalu, dia adalah sama sahaja sebelumnya. Adakah saya seperti itu? Apakah saya telah melakukan yang terbaik dengan kekuatan dan kesabaran yang telah diberikan? Atau saya hanya mensia-siakan sahaja peluang kerahmatan, keampunan dan kebebasan daripada api neraka ini? Ya Allah, saya terlalu lemah untuk mengahadapi segala ketentuan Mu. Bimbinglah, Pimpinlah hambaMu ini. Temukan diri ku dengan orang yang dapat membimbing ku mendekati Mu dengan lebih baik. Tetapkan hati dan iman ku. Redhailah diriku sebagai hambaMu. Terimalah segala amalan, ibadat, solat dan puasa ku supaya diri ku ada bekalan bila bertemu dengan Mu nanti. InsyaAllah.