Sunday 8 September 2013

Erti Merdeka pada Islam ...

Daripada kelas tafaqquh ad-din, Kolej Insaniah, Alor Setar. Kelas Hadis 40 oleh Mufti Negeri Kedah.
(Sabtu, 7 SEPT 2013)

Beliau menghuraikan makna merdeka daripada pandangan Islam menurut Imam Al-Ghazali ;-

Jika tidak terlepas keempat-empat bentuk penjajahan ini, tidak merdeka lagi diri kita.

1. Penjajahan daripada kejahilan ilmu agama. Rasulullah saw sendiri pernah menyarankan supaya mencari ilmu hingga ke negeri China. Mencari ilmu agama itu hukumnya wajib samada dengan izin atau tanpa izin suami bagi wanita yang telah berkahwin.

2. Penjajahan daripada dosa. Sesungguhnya ikatan dosa itu akan menghalang seseorang itu daripada segera berbuat kebajikan. Ianya menghalang daripada segera taat kepada Allah.

3. Penjajahan nafsu dalam diri kita iaitu nafsu yang jahat dan tidak pernah puas dengan dunia. Sentiasa berkeinginan untuk berbuat kejahatan dan kemaksiatan daripada segi pertuturan, perlakuan atau hati.

4. Penjajahan keduniaan dalam mencari kemewahan hingga tidak ada masa untuk mencari ilmu supaya menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Adakah kita sudah terlepas keempat-empat penjajahan ini? Jika tidak, bagaimanakah kita boleh katakan kita sudah merdeka????


No comments:

Post a Comment