Sunday 31 July 2011

Ramadhan 1432H - Isnin, 1hb Ogos 2011

Amalan yang dibuat walaupun sedikit sebaiknya berterusan. Puasa walaupun tidak sempurna biarlah setiap hari penuh. Sahur walaupun mengantuk dan malas biarlah jangan ditinggalkan. Solat terawih walaupun lapan biarlah sehingga hari yang terakhir. Sedekah walaupun RM1 biarlah setiap peluang yang ada. Al-Quran walaupun semuka biarlah setiap waktu solat atau setiap hari. Belanja makan walaupun sekeping kueh biarlah setiap kali kita beli untuk diri sendiri. Kebaikan walaupun kecil biarlah dengan penuh keikhlasan dan hanya mengharapkan keredhaanNya. InsyaAllah. Izinkan dan permudahkan. Amin.

No comments:

Post a Comment